1. Kalau diberi seperti ilmu ahli sufi atau ahli kasyaf pastinya boleh tahu dan nilai hati budi setiap manusia. Kita diajar dari kecil oleh ibubapa kita mahupun orang yang sayang pada kita supaya bentuk hati budi. Haiwan di hutan yang tahu perasaan hati budi turut mengajar anak-anak mereka tentang hati budi. Dengan hati dan budi itulah mencerminkan perwatakan manusia. Kalau hati tiada pastinya budi pun tiada melaikan pemilik hati itu bernama budi atau budiman.
2. Budi adalah satu bentuk fizikal yang zahir dan budi jugalah menterjemahkan hati sebenarnya. Penterjemahan budi kadang kala tidak sama apa yang ada di hati. Hati tidak mempunyai daya upaya untuk menzahirkan melainkan mengharap budi supaya budi dapat menerangkan agar orang lain memahami apa yang dirasa oleh hati. Namun setiap kali budi itu tersalah penterjemahannya apa yang dimaksudkan hati maka hati lah yang menjadi sasaran dan bukannya budi. Hati dituduh tidak ikhlas, hati dituduh hiprokrit, hati dituduh pura-pura, hati dituduh sebagainya. Siapa yang membela hati atas kesilapan budi? Ada yang membela hati dan memahamai hati tapi jumlahnya satu dalam sejuta. Kadang kala nasib tidak baik sampai mati hati tidak dibela dan tiada siapa yang memahami.
Apabila hati tidak lagi difahami malah disalah ertikan, tiada guna lagi untuk budi menterjemahkan kembali apa makna sebenar hati. Kesalahan budi terhadap hati mmg mudah dimaafi oleh hati tetapi mereka diluar sana tak kan pernah memahamai apa yang hati rasakan. Kerana masing-masing ada hati yang yang perlu dijaga sendiri.
3. Hati pastinya berjiwa sensetif, cepat tersentuh kerana hati itu secara zahirnya memang lembut. Hati semamangnya tiada upaya kaki tangan diikat mulut ditutup, maka hati amat bergantung juga kepada budi walaupun adakalanya budi tersilap langkah berkali-kali. Namun selian budi hati juga ada teman yang boleh diharapkan iaitu akal. Akal pastinya lebih rialistik tidak seperti hati yang sentiasa mengharapkan perkara-perkara yang fantasi berlegar-legar di keliling hati. Namun akal bukan lah seperti budi yang ikut saja kemahuan hati walaupun kadang kala budi tidak melakukan seperti mana hati yang mahukan. Akal mampu mengawal hati malah mampu membinasakan hati dan budi. Kadang kala akal bertindak diluar kawalan hati, apabila akal bertindak diluar kawalan maka budi sudah tidak berguna lagi, budi turuti segala apa yang akal mahukan, tidak memikirkan apa yang hati mahukan.
4. Maka diantara hati, budi dan akal, hatilah yang paling tidak dapat difahami oleh sesiapa kerana hati ditutupi oleh akal dan budi. Sesiapa yang tahu bagaimana hati maka dia tahu makna IKHLASNYA HATI manusia.
0 comments:
Post a Comment