1. 2 hari lepas aku lepak dengan kawan-kawan aku, jangan terkejut terus terang aku katakan kali ini aku lepak dengan golongan orang yang tidak normal maksud aku ada yang gay ada yang lesbian dan ada yang pondan. Aku selamba jek lepak dengan diaorg..dulu masa awal aku kenal diaorg aku agak rasa pelik tetapi lama2 bila aku dh faham diaorg nie...aku dh biasa..
2. Bagi aku. adalah tidak adil untuk aku sisihkan golongan-golongan ini..mereka tetap manusia. Kalau aku sisihkan mereka siapa lagi yang nak didik dan ajar mereka ke jalan yang benar. Saidina Umar yang pernah tanam hidup-hidup anak perempuanya ketika dia belum masuk Islam, tetapi Nabi Muhammad tetapi menerima dia malah menjadi khalifah umat Islam yang kedua. Begitu juga Wahsyi yang membunuh Saidina Hamzah yang merupakan bapa saudara Nabi yang digelar Singa Allah dan Penghulu Syuhada. Tetapi diterima oleh baginda dan memaafkan kesalahanya. Jadi jangan rasa pelik kalau ada nampak dengan golongan ini, niat aku hanya satu....kembalikan mereka kejalan yang benar. Alhamdulilah ada dikalangan mereka yang sudah mula sedar dan mula hendak ubah gaya hidupnya...
3. Semasa bersembang2 tu aku banyak mendengar dan melihat telatah mereka. Sbb aku nak faham dan kaji bagaimana dunia mereka. Apa yang pasti mereka kalau dalam bab berkawan mmg setia dan akrab.
4. Dari sembang2 pasal diri sendiri dan mcm2 tiba-tiba topik perbincangan beralih kepada soal politik. Aku ingat diaorg ni tak nak terlibat langsung untuk memikirkan soal politik.Semuanya sangat marahkan BN dan turut marahkan sultan. Ada yang lojik dan ada jugak yang tak lojik hujah-hujah mereka...aku diam dan dengar saja apa yang diaorg cakap...mmg kelakar pun ada tgk gaya diaorg bercakap.....
5. Tapi aku tertarik dengan hujah seorg bapuk ni "Macam mana kita nak percaya ngan diorg ni beb, undang-undang pun diaorg langgar, lepas tu ada hati nak didik kita. Dah lah undang2 tuhan diaorg langgar, undang-undang yg diaorg buat pun dioarg langgar bla bla bla...".
6. Kalau korang ada tempat aku, apa yang patut korang cakap kat diaorg nie...aku sampai habis dok mendengar celoteh diaorg nie......
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
1 comments:
hai kawan ku yb..lepak ngan napi ekkkkkk..ngeh3..wei..aku n leen iview skali kat mara khamis ni..doakan ktorg..
Post a Comment