1. Belum pun reda isu tumbangnya kerajaan rakyat di Perak, dengan kuasa tuhan Perak sekali lagi diuji. Kali ini Allah menjemput Roslan Shaharum untuk mengadapNya. Kehilangan beliau sesuatu yang pahit untuk ditelan oleh Pas. Bagi UMNO/BN ialah masanya untuk mereka membuktikan keupayaan mereka setelah tewas 2 kali sebelum ini. Orang Pas menanggap ini ujian dari Allah kerana orang yang beriman sememangnya diuji. Bagi orang UMNO mungkin beranggapan kematian Roslan Shaharum ialah tulah dari Raja kerana Pas derhaka kepada baginda...dengan kata lain perjuang Pas tidak diredhoi oleh Allah......ini bukan aku kata lah tapi segelintir orag UMNO mmg berkata begitu....
2. Secara jujurnya bila aku dengar terdapat orang UMNO pandai pula menyebut inilah Allah nak tunjuk yang Pas ni tak betul. Rasa geli hati pula.....mana tak geli hati aku, dah lah Hukum Allah mereka tak buat padahal itunya satu kewajipan setiap umat Islam tiba-tiba pulak nak mengambarkan bahawa Tuhan sentiasa meredhoi perjuangan mereka. Aku bukan ulama atau orang alim yang mampu menentukan perjuang yang mana satukah yang benar-benar mengikut kehendak dan prinsip Islam. Tapi kalau dah terang-terang menentang hukum Allah tanpa rasa segan dan bersalah pastinya aku sendiri boleh bagi jawapan yang mereka itu bukan berjuang atas prinsip "Amal Makruf wa Nahi Mungkar". Tepuk dada jangan tanya selera tapi tanya iman.....
3. Kali ini UMNO dan PAS perlu menang....UMNO perlu menang kerana nak membuktikan bahawa sultan itu pintar dan rakyat Perak terima perubahan anarki ini. Manakala bagi Pas sebaliknya...Pas perlu membuktikan bahawa rakyat marah dan tidak boleh terima dengan perubahan Anarki ini. Bagi yang bakal kalah bukan sekadar tewas di Bukit Gantang tapi akan tewas seluruh Perak.
4. Bumi Perak juga akan menjadi terus perkampungan wartawan. Semasa aku solat Jumaat di sebuah masjid di PJ, adalah seorg pakcik tua berjubah , berserban dan bertongkat duduk rapat dan mesra sembang dengan aku selepas selesai solat Jumaat itu. Dari awal hingga habis bersembang dia gelarkan aku orang muda, haih rasa mcm pelik pulak. Dia pesan kat aku "Orang muda jangan kamu percaya dengan berita-berita dari mereka, sbb mereka itu ibarat najis,". Aku tanya lagi kenapa nak diumpamakan najis, tak ada benda yang lagi best ke? Jawapan dia, " Kalau kita makan nasi bukan nasi yang keluar tapi bahan yang kotor dan jijik yang keluar." Maknanya kalau wartawan tu dapat berita mereka akan memproses dan pandai memanipulisi berita sehingga apa yang disampaikan kepada rakyat tidak seperti yang sebenarnya. Maka maklumat yang mereka sampaikan itu amat jijik dan kotor seperti najis. Maka rakyat yang percayakan berita-berita dari mereka umpama makan najis mereka. Mungkin lagi sedap najis itu lagi banyak rakyat akan makan dan percayakan kepada wartawan2 itu.
5. Pesanan aku buat rakyat2 semua kalau kamu semua berada ragu-rugu dan was was kembalilah kepada al-quran dan al-sunnah. Cari mana-mana pihak yang lebih membawa kita lebih dekat dengan Allah. Lupakan dulu kepentingan bangsa, ketepikan dulu kepentingan diri tapi utamakan kepentingan ISLAM. Insyallah kamu akan dapat jawapanya bukan sekadar menjamin diri kamu tapi bangsa dan negara juga turut terjamin sekiranya kita kembali pada ISLAM.

0 comments:
Post a Comment