1. Alhamdulilah tahun lepas, hanya sekali saja aku tertinggal solat jumaat...tak silap aku, sbb aku sakit perut rasanya. Alhamdulilah jugak, sbb hari ini aku sempat solat jumaat lagi, aku ingat aku tak sempat sampai sbb badan aku satu malamn tak rest sbb drive dari teluk intan ke KL...kemudian pada malamnya balik ke ipoh dan pagi2nya balik ke kl balik.. Pergh perjalanan aku mmg cukup letih sbb sebutir nasi pun belum lagi aku telan dari pagi semalam tapi aku bangga sbb perjalanan aku ke ipoh itu ada sebahagian kecil tanggungjawab yang perlu aku lakukan utk seseorg.....kalau nak dikira apalah sgt tapi sekurang2nya aku dh membuktikan aku "care" pasal dia...
2. Sampai jek kat KL, mmg dh masuk waktu..so aku terus jek lah ke masjid utk solat jumaat. Dengan perut yang lapo dan mata yang tercabut sbb kurang tido aku harap pak imam akan membaca khutbah yang boleh memberi semangat untuk aku dengar. Tapi sayangnya khutbah pak imam kali ni sangat-sangat diluar jangkaan aku. Bila pak imam memberi tahu apakah tajuk khutabah dia rasa nak tergelak pun ada..tapi melampau lak pulak kalau aku gelak di tgh2 jemaah tu, cuma yang aku mampu sekadar mengelingkan kepala saja... Tajuk khutbah solat jumaat itu adalah "kempen buah-buahan tempatan" alahai ingat ini ceramah pejabat kesihatan ke?
3. Tak perlu aku ulas panjang-panjang pasal khutabah tu....cuma aku nak katakan pada pak iman pak iman seluruh malaysia dan seluruh dunia kot2 ada yg faham bahasa melayu. Sedarlah bahawa isu akidah dan iman adalah jauh lebih utama berbanding isu buah-buahan tempatan.
4. Habis solat jek..aku terus ke PWTC utk meeting yang memenatkan lagi otak gua..lepas meting ni aku nak balik ke teluk intan.....
0 comments:
Post a Comment