1. Bermula Adun Bota melompat ke Pakatan Rakyat maka bermulalah kranologi kejatuhan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat kat Perak pimpinan Hj Nizar (nama yang aku salu pnggil sblm dia jadi MB). Sama ada Dun Perak dibubarkan atau beralihnya kuasa ke atas tangan BN hanya Sultan yang menentutkan dengan izin Allah. Tapi apa yang pasti fenomenan ni telah disambut dengan pelbagai riaksi dikalangan rakyat perak mahupun luar perak. Bagi mereka yg berjuang dalam pakatan rakyat maka bermulalah drama linangan air mata seperti tengn filem hindustan manakala bagi mereka yang berjuang dalam BN hanya mampu mengukir senyum kambing atau gelak besar. Dan tak kurang jugak ada yg buat tak kisah...
2. Aku bukan bomoh untuk meramalkan apa yang akan terus berlaku selepas ini, dan apakah muslihat disebalik ini. Aku baca blog2 yang entah siapa entah ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal tp yang pasti semuanya bagaikan ahli nujum yang cuba meramalkan apa yang akan seterusnya berlaku tapi yang pasti ramalan mereka semua tersasar dari sasaran. Memang susah untuk meramalkan politik, ianya bukan mcm ilmu sains..ilmu politik ini berkaitan dengan sikap manusia, kalau ada 1 bilion manusia maka 1 bilion perbezaan sikap manusia yang harus dikaji.....
3. Persoalanya salah siapa? aku bukan hakim yang mempu menuding jari kepada sesiapa yang bersalah tapi aku adalah sedikit ilmu yang timba selama hidup aku ini. Dan aku mampu berfikir dimanakah silapnya sehingga keadaan politik di Perak jadi begini. Biarkanlah si luncai 4 ekor (Behrang, Bota, Jelapang dan Changkat Jering) itu terjun bersama labu labunya usah dipujuk usah dirayu nati makin besar kelapanya. Usaha nak bicara soal dosa pahala kepada mereka kerana mereka sendiri tahu untuk beri alasan kepada allah di padang mashar nanti.
4. Hanya wakil Pas tidak melompat parti, tak tahu sama ada tak ada pinangan dari BN untuk mereka melompat parti atau wakil2 Pas ini berpegang kepada prinsipnya. Di Kelantan pada pelihanraya lalu hanya beza satu kerusi jek antara BN dan Pas, namun Pas dibawa kepimpinan Tok Guru berjaya mempertahankan Kelantan sehingga menang besar dalam pilihanraya lepas walaupun ada pinangan dari BN untuk wakil Pas melompat katak.
5. Pakatan Rakyat tidak perlu menunding jari lagi kepada BN, pastinya kebanyakan rakyat tahu yang BN itu semamangnya sikapnya begitu..lebih2 lagi Najip yang berbibir merah jambu pandai bertutur 1001 bahasa keramat yang boleh memperdayakan rakya. Biarkan lah BN dengan gayanya........................
6. Pakatan Rakyat khususnya PKR dan DAP harus sedar kenapa perlu lantik pemimpin yang mudah dibeli yang langsung hilang jati diri. Aku faham sangat masalah untuk memilih calon dikalangan PKR, Pas dan DAP. Semuanya takut nak jadi calon..bagi mereka yang berkelayakan takut nati hilang punca rezeki, hilang projek, kene pulau dan sangat penakut. Maka yang tinggalnya mereka yang kurang cerdik ilmunya n teruk moralnya. Disbbkan tak ada siapa maka orang2 yang kurang ilmunya dilantik menjadi calon..tup tup menang lah pulak.....maka negeri perak dipimpin dikalangan orang yang tak cerdik ilmunya yang tak ada fikrah islamiahnya maka inilah hasilnya......
7. Bagi PKR dan DAP jangan buat keputusan seolah2 kalau tak ada rotan maka bayang-bayang rotan pun jadi...maka ini hasilnya..
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
0 comments:
Post a Comment