1. Selagi nama manusia, selagi itulah kita mempunyai akal dan pemikiran yang berbeza selagi mana kita waras dan mumayiz (matang) untuk berfikir. Aku, kamu, dia dan semuanya bebas untuk menentukan pemikiran terpulanglah sama ada pemikiran itu dipengaruhi atau pemikiran itu bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau individu.
2. Lahir saja ke bumi, seseorang itu umpama sehelai kain putih..maka ibu bapalah yang menentukan dan mencorakan kain itu. Kalau cantik maka cantik lah..kalau hodoh maka hodoh lah. Dan satu eleman lagi adalah persekitaran yang mempengaruhi. Maka disebabkan ini manusia walaupun jisim dan fizikalnya sama tetapi rohaninya tetap berbeza.
3. Bagi aku yang dari awal menuntut ilmu politik, bukan sekadar belajar malah membuat kajian baik di Malaysia atau pun diluar Malaysia. Bukan nak mendabik baba atau nak menunjuk aku ini hebat ilmu, kalau aku dh pandai dh tentu aku tak sambung belajar aku lagi...sekarang aku sambung study aku atas rasa minat, tanggungjawab dan wasiat aruwah ayah aku...alhamdulilah sofar aku mampu lagi belajar walaupun sibuk dengan kerja. Apa yang penting aku nak bagi tahu semakin aku belajar, semakin itulah aku rasa aku ini masih banyak benda yang aku tak tahu.Ilmu Allah ini sangat luas sampai kiamat pun belum pasti manusia dapat belajarnya.
4. Sains poilitik, tak akan lari dari perlembagaan dan segala undang2 baik berkaitan politik atau pun ekonomi. Aku perlu belajar dan faham segala undang2 tersebut...selain itu aku turut belajar teori dan konsep asas dalam politik. Persoalan mengapa, bagaimanakah, apakah, siapakah dan sebagainya perlu dijawab dengan secara ilmiah dan profesional...
5. Bila aku berhujah dan berbicara dengan mereka yang faham akan makna ilmu sains politik, aku lebih selasa kerana masing-masing menerima kekurangan dan idea yang ada. Malah masing2 cuba memperbaiki dan mencari lagi ilmu yang ada sebanyak yang mungkin supaya tidak digelar manusia yang jahil.
6. Namun lain bezanya, kalau aku berbicara bagi mereka yang tidak arif tentang makna sains politik. Aku yang belajar sana sini membawa buku perlembagaan yang kecil itu dan buku-buku lain dikatakan aku ini seorg yang tak pandai politik. Malah ada juga yang menuduh aku ini tidak baca undang dan bercakap berasaskan emosi. Mereka menggambarkan bahawa mereka tahu segala-galanya....tahu yang mana benar tahu yang mana salah. Tidak mengapalah itu hak mereka tapi yang aku khuatirnya mereka belajar politik dari planet mana?Bagi aku mereka mendapat ilmu dan maklumat bukan dari buku atau kajian ilmiah yang mereka lakukan sendiri tapi ilmu mereka disalurkan oleh media-media yang sememangnya bersifat berat sebelah. Inilah hakikat rakyat Malaysia apa yang dikeluarkan dari media umpama wahyu turun dari langit.
7. Bagi mereka yang menuduh aku tak tahu baca buku, tak faham baca perlembagaan dan sebagainya tidak mengapalah...kerana aku tahu mereka bukan dalam golongan aku. Tapi kadang-kadang aku juga menguji mereka, kot-kot memang benar yang mereka ini pun membaca dan faham perlembagaan. Aku tanya "Dalam perlembagaan Islam sebagai agama apa? maka ada yang jawab Islam agama rasmi, Islam agama bagi Malaysia dan mcm2 lagi....dalam hati aku nak tergelak pun ada...nampak sgt mereka ini umpama tin kosong...kalau diketuk kuat bunyinya tapi dalamnya tak ada apa2...............untuk pengatahuan dalam perlembagaan mencatatkan Islam adalah agama bagi Persekutuan...... boleh dipertikaikan dan dihujah sama Islam itu agama rasmi atau tidak....
8. Bagi mereka yang baru belajar nak faham politik, jangan belajar sendiri...carilah guru yang benar2 boleh mendidik. Aku tak pasti sama ada hadis nabi atau apa, kalau kita belajar sendiri tanpa ada guru maka kita akan belajar dengan syaitan....(tapi aku rasa hadis)
9. Ingat dalam hidup ini ada 2 saja jalan. Iaitu jalan yang benar dan jalan yang salah. Dan begitu juga di akhirat hanya ada 2 saja penentu kita syurga atau nereka...tak ada pilihan ketiga atau sebagainya...pandai2lah kita membuat pilihan...mudah2an kita semua ditunjukan pd jalan yang benar.amin...

0 comments:
Post a Comment