1. Perkahiwnan Hang Mahmud dan Dang Merdu Wati dikurniakan dengan seorang putera bernama Hang Tuah. Setelah dewasa Hang Tuah dan 4 saudaranya yang lain dilantik sebagai Laksamana Melaka antaranya ialah Hang Jebat. Hang Tuah sangat disayangi oleh sultan sehingga membuat para bangsawan rasa iri hati dengan Hang Tuah. Maka Tun Ali berpakat dengan Patih Karma Vijaya untuk menjerat Hang Tuah. Ahkirnya Hang Tuah difitnah oleh mereka berdua berzina dengan gundik raja iaitu Melor yang merupakan teman lama Hang Tuah semasa di Pahang ketika Hang Tuah melamar Tun Teja untuk permaisuri Sultan Melaka.
2. Dengan ada undang2 yang memberi kuasa mutlak kepada sultan Mansur Syah lalu diputuskan bahawa Hang Tuah dan Melor dihukum bunuh di sebuah hutan di Hulu Melaka. Dato Bendahara diarahkan oleh sultan melaksanakan hukuma itu. Pagi-pagi esoknya Dato bendahara telah membawa Hang Tuah dan Melor keluar Istana untuk dijatuhkan hukuman. Namun atas sifat kemanusiaan dan yakin yang mereka tidak bersalah maka Dato Bendahara membebaskan mereka tanpa pengatahuan siapa-siapa.
3. Hang Jebat dilantik sebagai pengganti Hang Tuah, lalu keris keramat Taming Sari diberikan kepadanya. Hang Jebat percaya yang Hang Tuah tidak bersalah dan berikrar untuk menuntut bela kerana menyangka Hang Tuah telah dibunuh demi mencari sebuah keadilan. Lalu Tunku Sultan dan para pembesar lari ke rumah bendahara kerana tiada siapa dapat menewaskan kekuatan Hang Jebat. Menyesal Tunku Sultan kerana tindakannya membunuh Hang Tuah. Kalau Hang Tuah ada pasti Hang Jebat dapat dikalahkan. Lalu Dato Bendahara menyatakan bahawa Hang Tuah masih hidup. Terkejut sultan mendengar khabar lalu mengarahkan Hang Tuah mengadap Sultan untuk menghapuskan si Jebat yang derhaka itu!!!
4. Kerana taat setia yang membuta tuli serta tidak berbelah bagi kepada sultan yang dianggap maksum seperti maksumnya nabi-nabi maka Hang Tuah sanggup membunuh saudaranya yang pernah membelanya demi keadilan iaitu Jebat. Tuah tidak peduli lagi kenapa dan mengapa Jebat menjadi derhaka apa yang dia tahu Jebat derhaka dengan sultan. Maka hukumnya mati........lalu dikatakan 7 hari 7 malam mereka bertempur akhirnya Jebat berjaya dibunuh oleh Tuah dan mayatnya dibuang di laut kerana mayatnya dianggap hina dan jijik dikalangan rakyat. Maka sehingga ke hari ini sejarah menggambarkan Jebat sebagai kaki perempuan, mabuk, gila kuasa dan sebagainya..agar generasi akan datang tahu bahawa Jebat itu jijik dan hina..walhal sejarah yang ditulis itu adalah sejarah yg ditulis oleh sang penguasa yang jijik sifatnya. Jebat terus dihina di sisi manusia tapi di sisi tuhan dia mulia.....
5. Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran.
6. Entah mana pergi mayat Jebat tetapi semangat Jebat tiba2 muncul kembali selepas 600 tahun hilang dibumi Melaka, namun ianya bukan muncul di Melaka tetapi muncul di negeri warisan kesultanan Melayu Melaka iaitu Perak.
7. Haji Nizar dituduh penderhaka Sultan kerana enggan meletakan jawatan sebagai MB Perak, maka bangsawan-bangsawan Melayu terus mengutuk dan menuduh agar Hj Nizar dianggap manusia yang jijik dan rakus sifatnya......Hj Nizar terus mempertahankan kedudukanya bukan kerana sultan tetapi kerana amanah rakyat dan amanah Allah. Sultan tidak memberi ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan maka Hj Nizar terus mempertahankan keadilan untuk rakyat selepas Hj Nizar dikhianati oleh saudara-saudaranya yang asalnya sama dalam perjuangannya......
8. Tidak mengapala andai kiranya Perak jatuh dan Hj Nizar turut jatuh...biarlah sejarah Jebat itu berulang di bumi Perak...walaupun selepas 600 tahun peristiwa pembunuhan Jebat itu baru rakyat tahu yang Jebat tidak bersalah dan ianya pejuang keadilan....insyallah satu hari nanti kebenaran seperti Jebat ini akan berulang lagi....di Perak... sabar, istiqomah dan tawakal itulah syarat dalam berjuang....
9. Seperti aku kata biar kita menjadi jebat yang derhaka agar kita tidak menjadi bodoh seperti Tuah.....pesananku buat kekandaku Hj Nizar kami semua tetap bersama-samamu dalam perjuang menegakan hukum Allah
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
1 comments:
sy setuju dgn kata2 tuan ttg prihal ini.. tp apakah org melayu mau mengerti ttg sejarah ini dan sejarah warisan?? sdgkan org yg mmpertahankan kebenaran dianggap hina, dan tanpa pendirian dlm agama ALLAH, kita tuli membuta..
Post a Comment