1. bila tiba2 3 ahli PKR dan 1 DAP menjadi jaguh lompat katak bukan saja membuatkan yang sebelum ini tak glamor dah jadi glamor tetapi dengan kelompatan mereka itu menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang......hebat, Tahniah tapi tak mengkagumkan.
2. Itulah politik, tidak salah kalau rakyat kata politik ini salu penipuan, lihat saja keadaan sekrang... dulu kata lain skrg kata lain...alasanya bukan salah mereka tetapi salah orang lain menyebabkan mereka menjadi katak jadian. Inilah hakikat politik sukar untuk diramalkan esok lain hari ini lain....
3. Bila PKR dan DAP jadi katak maka yang menjadinya ikan dah tentunya BN, makan besar lah BN ari tu dapat 4 ekor katak walaupun tak gebu dan tak cukup daging sbb katak itu kata yang tak ada kualiti kerana ada kes rasuah tapi sedap jek..lebih2 lagi bagi Najip yang akan jadi raja ikan...ini dh macam buat kenduri kesyukuran utk meraikan Najip jadi PM ikan.
4. Maka Pas yang memimpin Perak terpaksa memikirkan masalah politik sehingga terpaksa melupakan masalah rakyat sebentar. Maka mcm2 cadangan telah dikeluarkan antaranya wujudkan kerajaan campuran cabungan UMNO dan Pas. Nampak menarik dari segi teorinya tapi pratikalnya belum tentu. Walaupun kerajaan campuran ini dianggap berjaya di negara-negara maju khususnya Eropah tetapi belum terdapat bukti membuktikan kerajaan campuran berjaya di negara membangun apa lagi di Malaysia yang seringkali memainkan sentimen perkauman untuk menutup isu kelas elit dalam malayarakat.
5. Musibah ini adalah ujian utk Pas untuk mencatur kebijaksaan serta memulihkan kembali harapan rakyat terhadap Pas. Pas terpaksa bertungkus lumus hasil porak peranda yang dibuat oleh pakatanya iaitu DAP dan PKR. Walaupun calon ini mengatakan mereka bebas tetapi itu sekadar nama tapi hati dan minda mereka tetap dikuasai BN.
6. Sekiranya Pas terus mentadbir Perak ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu diteruskan. Dan mesti selalu beringat dengan kawan dan lawan...ini baru ujian permulaan untuk Pas lebih bersedia ke arah mentabir negara. Sekiranya di takdir Pas tersungkur angkara BN dan mereka yang munafik.............terimalah dengan hati yang redha, hentikan tuduh menuduh...biarlah mereka dengan dunia mereka...kalau hitam tetap hitam...tapi kalau putih kita masih ada peluang untuk mewarnkannya lagi.
7. Bagi penyokong Pakatan Rakyat..berdoalah agar setiap keputusan memihak kepadamu dan bagi penyokong UMNO beringatlah janganlah alpa lagi dan sombong sekiranya diberi peluang kali kedua untuk mentadbir negeri. Bantulah pada rakyat yang betul-betul memerlukan bantuanmu.....
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
0 comments:
Post a Comment