1. Dari budak-budak yang baru belajar tahu apa tu dunia sampailah pak cik mak cik yang nyawanya hanya tingga beberapa hari saja akan bercakap dan berkata politik Perak. Apa yang pasti politik Perak menutup isu Palestin yang telah 60 tahun bermandikan darah syuhada.
2. Kawan-kawan aku tanya, kat aku "wei bro lu tak takut ke kene ISA!!" jawab aku mudah..ISA yang takut aku..kalau diaorg tangkap, dialah yang takut aku." Sama ada jawab soalan dia atau tidak, prinsip aku biarlah kita berpijak dibumi yang nyata. Jangan adat dan budaya menguasi pemikiran kita. Bukan adat dan budaya yang nak dibawa di hadapan Allah kelak tapi amalan dosa dan pahala kita....maka ISLAM itu adalah segalanya.... Bagi mereka yang makan minum dengan adat dan budaya pastinya marah. Tapi bagi mereka yang membesar dengan ISLAM pastinya mampu tersenyum melihat blog aku.....
3. Antara Najip dan Anuwar Ibrahim, siapa yang lebih pintar? Tentu jawapan aku Najip!!! Dulu aku kira Anwar yang lebih pintar, bukan aku saja malah pemimpin atasan juga sangat kagum dengan Anwar tapi sekarang baru aku sedar Anwar itu kalah dengan Najip. Apabila sanjata makan tuan sendiri. (Idea lompat parti).
4. Balik kepada sejarah melayu...menurut buku sejarah melayu Salatus Salatin (Edisi Pelajar). Terbitan DBP. MS72-B77.Penyenggaraan : A.Samad Ahmad. Selepas Asar datanglah berlabuh sebuah kapal dari Jeddah yang diketuai oleh Syed Abdul Aziz. Beliau dan awak awaknya pun turun ke darat lalu mereka semua solat di tepi pantai melaka itu. Orang-orang Melaka yang melihat "kenapa orang itu tonggang-tonggik." ketika itu rakyat Melaka jahil kerana belum kedatangan Islam. Lalu dikabarkan pekara itu kepada Raja Kecil Besar di Istana. Maka Raja Kecil Besar pergi ke pantai dengan mengundangkan gajah untuk menyaksikan peristiwa itu. Di lihat akan baginda peristiwa itu dengan penuh rasa kagum maka diambil peluang oleh Syed Abdul Aziz untuk membawa baginda memeluk Islam. Akhinya apabila baginda memeluk Islam maka seluruh rakyat melaka yang pada awalnya ada yang tergelak, ada yang pelik dan sebagainya melihat Syed Abdul Aziz solat turut mengikuti Raja Kecil Besar tanpa banyak menyoal. Kerana pemikiran orang Melayu ketika itu adalah baginda terlalu maksum kalau tak tak adalah gelaran YANG MAHA MULIA (Maha itu sebenarnya utk Allah bukan untuk hambanya) sampai sekarang..... begitulah cerdiknya Syed Abdul Aziz dalam usahanya menyebarkan Islam di Melaka. Ambil saja sultan maka seluruh rakyat melaka akan turut di pegangan. Akhirnya Raja Kecil Besar itu ditukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. Syukur Alhamdulilah..
5. Sejarah turut menceritakan bagaimana cerdiknya kuasa-kuasa imprialisme menjajah dan terus menguasai Tanah air kita, baik Portugis, Belanda, British mahupun Jepun mereka tetap mengunakan cara yang sama seperti Syed Abdul Aziz. Mereka tahu orang melayu ini taat sungguh dengan sultan mereka. Jangan dikutuk jangan dijentik...dendam berdarah akibatnya kepada mereka yang berani menghina raja-raja Melayu. Bagi orang Melayu raja-raja itu adalah nyawa mereka yang harus dipertahankan. Mcm perpatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat". Padahal mereka tahu anak itu adalah jaminan kita di akhirat bukan adat...ttp kalau hati mereka dh tebal dengan adat...hitam itu tetap dikatakan putih.
6. Bila tahu perangai dan sifat orang Melayu ini maka senang arr bagi penjajah mengula-gula rakyat dan raja. Institusi raja terus dipertahankan dan terus menjadi ketua negara. Tapi kuasa politik dan ekonomi terletak ditangan Residen Biritish..Namun yang bangun menentang bukan raja dan terlalu sedikit aristokrat yang bangun menentang. Yang bangun menentang adalah rakyat biasa.Tok Janggut yang dihukum mati oleh British walhal dia adalah ustaz yang mengajar di pondok dan imam di masjid, Si Puntum yang membunuh J.W.W Birch pada 2 November 1875 adalah seorg rakyat biasa, begitu juga dengan Pandak Induk yang mati ditangan penjajah. Hanya segelintir nama aristokrat yang mati ditangan penjajah Dato Sagor dan Dato Maharaja Lela (Pandak Lam) dikenang. Aristokrat yang lain lenyap dalam buaian penjajah.
7. Makin hari makin suram suara-suara yang menentang penjajah. British bijak mencatur politik di Tanah Melayu dengan hanya memegang Raja-raja Melayu maka umat2 melayu akan terus dibuai mimpi. Namun bagi mereka yang mempunyai kesedaran cuba bangun menentang walapun disambut hambar oleh golongan aristokrat.
8. 500 tahun Tanah Melayu dijajah dengan pemikiran orang Melayu turut dijajah, British ingat orang Melayu boleh diubah pendiriannya. British cuba menghapuskan secara total kuasa-kuasa raja Melayu melalui Malayan Union. Maka sekalian rakyat bangun menentang British walaupun pada awalnya Raja-raja Melayu telah bersetuju menandatangani atas tipu daya Sir Harold Mac Micheal dengan sogokan elaun dan kedudukan. Mujurlah adanya Dato Onn yang memimpin untuk menentang/menderhaka persetujuan di antara Raja-raja Melayu dengan British. Maka akhirnya tektik untuk mengubah kedudukan Raja-raja Melayu dimata orang Melayu gagal. 500 tahun British menjajah mereka berjaya merompak kekayaan Tanah Melayu tapi mereka gagal untuk mencabar kedudukan sultan kerana orang Melayu sangat sayang dan memuliakan sultanya. Kerakyatan secara Jus Soli dan lain-lain adalah akseseori untuk menambahkan lagi kemarahan orang Melayu.
9. Krisis politik di Perak ada kaitan dengan cerita aku diatas. Najip tidak perlu bersusah payah mencari formula untuk menengambalikan kepercayaan orang melayu kepadanya. Cukuplah sekadar Najip meniru cara Syed Abdul Aziz dan penjajah British untuk menawan hati orang Melayu dibawah. Najip sangat menjaga hubungannya dengan institusi-institusi raja, lain pula dengan Pakatan Rakyat sangat menekankan hubungan mereka dengan rakyat sehingga lupa menjaga hubungan yang lebih penting iaitu Raja. Maka apabila Hj Nizar tidak bersetuju dengan persetujuan Sultan dengan BN demi kepentingan dan keadilan rakyat bawahan maka Hj Nizar tidak mendapat hati dikalangan orang melayu dan aristkorat yang semangat mempunyai semangat nasionalisme. Walaupun aspirasi politik adalah keadilan untuk semua rakyat namun perlunya ada taktik yang berkesan untuk memastikan matlamat dicapai.
10. Teringat aku dengan kata seorg ahli Falsafah Perancis pada abad ke 15 iaitu Niccola Machiavcelli yang terkenal dengan buku "The Prince". Beliaulah orang yang pertama mengeluarkan kata-kata "matlamat menghalalkan cara" maka untuk menjadi pemimpin yang berkuasa soal keadilan, soal kemanusian, soal dosa dan pahal harus diketepikan. Yang penting terus berkuasa.....inilah terjadi di Perak apabila perlembagaan dan undang-undang sudah tiada nilainya...maka Perak menjadi anarki politik.
11. Pesanan aku terakhir jangan salahkan rakyat kalau mereka melanggar undang-undang negara, kerana pemimpin pun menjadikan undang-undang bagaikan sampah. Inilah hakikatnya untuk menjadi politikus....
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
0 comments:
Post a Comment