Mutakhir 20/2/2009
Menderhaka dosa besar: Mufti WP
KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."
Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.
Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu. - Bernama
-respon aku-
1. aku sedih bila ini terjadi, nak bandingkan ilmu aku dengan ilmu mereka mmg jauh. ... tapi aku sedih bila mereka yang sepatutnya menegak yang mak aruf dan mencegah yang mungkar telah dibeli imannya....................undang-undang kanun melaka yang dh 600 tidak tahun di gunakan , tiba2 muncul lagi digunakan untuk mengukur berdosa ada tidak, bersalah atau tidak yang menderhaka sultan. Sunguh feudal mereka-mereka ini.
2. Aku tak boleh salahkan, kenapa generasi aku makin sesat kerana mereka yang diatas sana telah mensesatkan dan tidak lagi mempercayai ulama....
3. Pesanan aku, lain kali bacalah al-quran dan faham akan maknya dulu.....MANA PEMERINTAH YANG PERLU DIIKUTI DAN MANA PEMIMPIN YANG PERLU DISANGAHI jangan membabi buta dlm mengeluarkan fatwa... Kalau kamu nak sesat pergi sesat sorang2 jangan ajak seluruh rakyat Malaysia sesat bersama kamu. Kesianlah kepada mereka yang tidak tahu apa-apa...dengan kata lain, nak masuk neraka, masuk sorang2 jangan nak ajak kitaorg pulak..banyak cantik!!!!
4. Akhir kalam:- Pakcik pakcik, anak nak bagi tau...berdosa tau menipu atas nama Allah dan Rasullulah. Dilaknat dunia akhirat...pakcik pakcik semua tak takut ke..masuk nereka... saya takut tu sbb saya bagi tau pakcik ..saya tak nak bersubahat dgn pakcik-pakcik semua nie....
0 comments:
Post a Comment