1. Kalau zaman kepimpinan rejim Mahathir satu ketika dahulu adalah sukar untuk melihat campur tangan pihak istana dalam soal politik. Pihak istana dianggap sebagai simbol yang tiada fungsi melainkan fungi untuk mengecop dan mengesahkan sahaja.............
2. Sehingga diakhir zaman kepimpinan Pak Lah, pihak istana mula dilihat terlibat secara tidak langsung dalam mencorakan politik tanah air......bukan kerana keperihatinan Pak Lah terhadap pihak istana tetapi disbbkan kelemahan Pak Lah dalam mentadbir negara. Mungkin pada era pemerintahan Mahathir tiada alasan yang kukuh untuk menghalalkan pihak istana campur tangan dalam politik tanah air..kerana Mahatihr berjaya membawa kegemilangan Malaysia melului sikap ala diktatornya.
3. Krisis politik di Perak sekali lagi mencabar kebijaksanaan pihak Istana sekali lagi. Pihak istana yang dianggap sebagai lambang perpaduan dan nutral dipercayai mampu memberi keputusan yang adil dan saksama demi kepentingan rakyat Perak. Bagi PR dan BN mereka terima aja segala keputusan Tunku Sultan walaupun pahit untuk ditelan.
4. Namun itu skrg.....sekiranya keputusan itu tidak memihak salah satu antara mereka. Persoalanya adakah pihak yang tewas menerima sepenuh hati dengan keputusan Tunku Sultan. Hemm....inilah dunia politik banyak dilakonkan melalui bibir sahaja..tapi hati dan perbuatan belum tentu sama..
5. Bagi aku...adalah lebih baik Tunku Sultan memulangkan segala keputusan ditangan rakyat sahaja..kerana ini negeri Rakyat yang punyai dan kerajaan yang bakal di bentuk kerajaan yang akan membela rakyat. Jangan dibiarkan keputusan diputuskan dikalangan elit elit yang dahagakan kuasa dan buta wang serta nafsu. Yang merasakan sengsara dan derita adalah rakyat bukan mereka yang tinggal di mahligai-mahaligai kayangan....
6. Apa jua keputusan, harus lah diterima....andainya keputusan itu dianggap tidak adil tdak mengapa...usaha di tangiskan, Kerna diakhirnya keputusan itu akan jua di adili kembali di Mahkamah Agung iaitu di Padang Mashar...berbahagialah mereka yang teraninanya dan celakalah bagi mereka yang melakukan ketikdak adilan dan penipuan....
7. Bagi aku Tungku Sultan adalah seorg yang dianggap arif dalam soal keadilan, maka pastinya Tunku Sultan akan memahami makna keadilan rakyat...namun sultan tetap manusia juga...bukannya maksum umpana Nabiyallah dan Rasullulah.
- Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada memperolehi kemenangan-
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
0 comments:
Post a Comment