1. Perlunya kita muhasabah diri kita untuk tahu siapa kita. mana kelemahan kita dan dimana kekuatan kita. Tanpa muhasabah diri kita akan terjerat dengan diri kita maka sifat dengki, tamak, sombong dan sebagainya akan mudah lekat dalam hati kita tanpa perlu diundang dan sedar.
2. Begitu juga bila aku berkata dan memberi pandangan, aku cuba memberi yang mana aku fikirkan itu benar aku pertahankan manakala yang tidak benar perlu dihancurkan. Supaya yang batil itu tidak menjadi bara dalam rakyat-rakyat aku. Aku sayangkan rakyat aku, maka aku perlu buang bara-bara ini yang selama ini rakyat menanggap bara itu adalah batu permata yang bersinar dan berkilauan cahayanya.
3. Apabila kita berkata, kita sukar untuk melihat dan menerima kelemahan diri kita, malah kelemahan diri kita bukan sekadar kita tidak mengakui malah kelemahan itu cuba dicampakan dan dipersalahkan pada orang lain. Ada yang cuba berlagak dia itulah benar dia itulah hero tapi pada hakikatnya dia sudah jauh dari kebenaran. Jangan diulang kesilapan Tuah membunuh Jebat, setelah mayat Jebat dibuang dan dilumat barulah Tuah terfikir untuk muhasabah dirinya adakah benar atau tidak tindakanya. Namun kerana Hegemoni pemerintah terlalu kuat dalam pemikiran Tuah, akhirnya Tuah tetap terus dalam keadaan kebatilan kerana sukar untuk menerima kesalahan dan kelemahannya. Maka Jebat terus dikeji Tuah terus dipuji.
4. Setiap kali aku berfikir dan setiap kali itu aku juga cuba muhasabah diri aku.....siapa aku yang sebenarnya dan siapa sebenarnya mereka yang disekeliling aku....supaya aku tak terperangkap dengan diri aku sendiri.
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
0 comments:
Post a Comment