"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


1. Kagum, bangga, dan bersemangat bila aku melihat saudara sebangsa ku turun ke jalan raya atau dalam bahasa ekstrimnya medan pertempuran. Kali ini misinya bukan untuk politik tetapi untuk mempertahankan bangsa dan bahasa yang kian di ancam oleh mereka yang sebangsa dengan mereka sendiri. Namun disebalik kebanggan yang ada dalam diri aku melihat jebat-jebat mengangkat sepanduk dan merelakan diri ditembak dengan peluru-peluru gas. Terselit rasa kesal, sedih dan marah aku kepada penjilat-penjilat najis ini.

2. Setiap kali ada demontrasi pasti aku turun, namun kali ini demontrasi ini aku tidak dapat turut serta kerana badan aku masih belum sihat sepenuhnya dan kadang kala aku rasa pening kalau aku berdiri terlalu lama. Kesal pun ada kerana aku sudah lama mau turut serta mempertahankan satu-satunya bahasa aku. Di dada akhbar dan tv, budak kecil yang baru tahu dunia pun bisa menganggak apa yang akan dicerita oleh mereka. Pasti mereka mengecam dan mengutuk jebat-jebat yang derhaka ini.

3. Pada post bulan yang lalu, aku dh cakap betapa pentingnya bahasa melayu ini kita pertahankan, kalau bukan kita siapa lagi mau pertahankan....nak harap org cina atau org india? Seharusnya kepada mereka yang bersungguh2 mempertahankan dasar PPSMI perlu muhasbah diri, perlu kah dikorbankan bahasa melayu ini demi sebuah kemodenan. Aku tak nak lihat orang melayu pada masa akan datang tidak fasih bercakap melayu lagi. Kerana sekarang aku lihat orang India dan Cina pun sudah ada yang tidak pandai bercakap bahasa ibuandanya sendiri kerana menerima didikan yang mengagungkan bahasa asing.

4. Perlu diingat bahawa sikap masyarakat di nagara-negara membangun termasuk Malaysia sangat mudah dipengaruhi oleh budaya yang datang dari negara maju. Malahan budaya yang di import dari luar ini dianggap kitab yang perlu diikuti dan dipegang sampai mati. Kalau tidak dipegang akan dianggap ketinggalan zama seperti katak bawah tempurung. Maka pemimpin perlu faham mentaliti masyarakat di negara membangun khususnya Malaysia yang masih mudah dipengaruhi atau pendik kata tak matang dlm berfikir. So bila menjadi pemimpin perlulah cerdik dan pandai. Jangan lebih bodoh daripada rakyat.

5. Belum ada lagi sejarah dunia mencatatkan negara-negara maju yang ada sekarang ini menjadi hebat kerana pendidikannya berasaskan bahasa asing. Kalau Malaysia menjadi negara maju, maka Malaysialah negara pertama di dunia yang berjaya menggunakan dasar PPSMI ini sbb negara-negara lain sepeti India dan Pakistan telah gagal dalam mempratikkan dasar ini. Dan lebih hebat lagi kalau Malaysia menjadi negara maju kerana dasar PPSMI ini maka Malaysia mampu mendabik dada kerana sejak zaman tamadun awal dunia lagi iaitu Mesopotamia tidak terdapat satu pun kerajaan yang membangun dan maju hasil daripada pendidikanya berasaskan bahasa asing atau bahasa yang dipinjamkan dari luar untuk pendidikan.

6. Malaysiaku mmg hebat.....


0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers