"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Dulu sewaktu aku tahun 1 di ukm, pernah aku berkata kepada kawan-kawan aku yang rata-ratanya budak enginear dan sains tulen. Aku katakan bahawa satu hari nanti air kencing kita akan menjadi satu sumber tenaga yang penting untuk mengerakan teknologi seperti kereta, jam dan sebagainya. Aku bukan sekadar diketawakan oleh mereka yang berlatar belakang sains dan enginearing tetapi aku ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan yang gelap gelita di tepi hutan kerana aku berkeras mempertahankan pandangan aku. Yelah aku ini berlatar belakang pendidikan sains politik maka bagi mereka yang berpendidikan sains dan kejuteraan sukar menerima pandangan aku. Bagi mereka hanya mereka yang bodoh dan kuat berangan akan berkata-kata seperti itu.

Count Alessandro Volta


2. Namun itu kisah dulu, masa aku mula-mula rasa cintakan ilmu. Setahun masa berlalu tiba2 di dada akhbar menyatakan satu teknologi baru dimana satu bateri yang mampu mengerakan jam diperbuat dari air kumbahan tak silap aku di Taiwan atau Korea. Walaupun diperbuat daripada air kumbahan namun ia tetap ada campuran daripada air kencing. Maka apa yang aku katakan dulu mmg betul2 telah berlaku. Bagi aku teknologi ini tiada yang mustahil, manusia mampu mencipta klon manusia namun apapun kita masih belum mampu menandingi kuasa yang maha esa. Count Alessandro Volta adalah manusia yang pertama mencipta bateri pada abad ke 18 pada ketika itu beliau sendiri masih mengakui bahawa air kumbahan mampu menghasil tenaga seperti bateri namun beliau tidak pernah memberi formula untuk mencipta air kencing yang bertenaga dan power. Begitu juga dengan George Leclanche yang telah mencipta bateri sel kering asas kepada bateri zaman moden yang kita pakai hari ini. Pada tahun 1860 beliau turut membayangkan bahawa bahan sisa yang dihasilkan oleh manusia mempunyai sejenis gas yang mampu menghasilkan tenaga. Namun Leclanche hanya memberi sekadar gambaran tidak memberi mekanismanya.


George Leclanche


3. Pernah aku membaca sejarah tamadun awal dunia. Dimana air kencing ini sangat penting digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contohnya semasa di zaman Rome air kencing menjadi rebutan kerana air kencing digunakan sebagai pewarna rambut dan ada segelintir masyarakat mengunakannya untuk membasuh gigi. Anda geli? sabar beb... apa nak herankan zaman sekarang ini bukan orang mengunakan lagi air kencing manusia untuk membasuh gigi..malah air najis syaitan pun turut diminum dan ditayang penuh kebanggaan serta air ini menjadi darah daging mereka sendiri. Baik yang muda mahupun yang tua bangga disamping air najis syaitan kerana mereka merasa sempurana dan lebih dekat dengan makna kemodenan bersama air-air najis itu. Mungkin satu hari nanti keturunan mereka pula akan meminum air najis mereka sendiri...sbb ibu bapak mereka dulu leka dengan air kencing syaitan. Bagi mereka yang tidak minum dan hanya duduk disampiang mereka yang menogak air kencing syaitan itu, tidak mahu digelar bahalol atau ketinggalan zaman....sekadar duduk pun cukuplah tidak mahu dicop seperti katah bawah tempurung atau anti sosial. Zaman dh berubah beb....neraka dan syurga jek tak berubah...

4. Bagi aku, golongan yang tidak berpendidikan sains dan teknologi tidak semestinya jahil dan tidak mampu meramalkan teknologi pada masa akan datang. Bagi aku mereka yang berpendidikan aliran kemanusian kadang kala lebih peka dan faham makna kehidupan daripada mereka yang berpendidikan aliran sains dan teknologi. Seperti aku, sedikit sebanyak aku tahu sejarah bermulanya perkembangan sains itu walaupun aku tidak tahu dan jahil segala formula sains namun aku boleh memahami sains itu dari kaca mata aku. Seperti Lenoardo De Vinci adalah seorang ahli falsafah. Daripada beratusan hasil karya dan ciptaanya..tidak terdapat satu pun yang beliau cipta sendiri, kerana dia melakar atas dasar sifat imiginasi kemanusiaan dan ketika itu apa yang dilakarnya adalah tidak masuk akal langsung. Namun pada zaman sekarang apa yang dilakar oleh beliau telah menjadi kenyataan..seperti ciptaan kapal terbang adalah bermula ilham beliau yang menyatakan bahawa manusia satu hari nanti mampu terbang seperti burung.


Lakaran Lenardo De Vinci manusia pun boleh terbang

5. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. Oleh itu pastikan apa yang kita bercakap dalam masa satu hari itu adalah benar-benar berfaedah dan yang mampu mengubah dunia kita kepada yang lebih bermakna.

ps:-bila ahli falsafah berbicara soal sains dan teknologi pastinya ada yang tidak senang. Gila apa org ini!!!!

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers