"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Dalam masa 1 minggu, 3 cerita pasal tol tiba2 meletup...bermula dengan penetupan 2 tol di lembah klang dengan alasan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat akibat kemelesetan ekonomi dan mengurangkan kesesakan dijalan raya khususnya di Federal Higway.
2. Tapi sayangnya baru 2-3 hari rakyat lembah klang senyum lebar dan baru memanaskan punggung, penutupan itu rupanya ada bayaranya iaitu tutup 2 tol maka 5 tol akan naik harganya dengan kenaikan 5% bagi setiap kilomiter (plus). Kalau minyak naik, kita boleh berpusu-pusu ke stesen minyak buat stok tapi kalau tol naik...mentongek depan pintulah rakyat,
3. Jawab menteri, kenaikan ini adalah begitu sedikit nak dibandingkan dengan kuasa beli rakyat. Ada pula YB di Parlimen (lupa namanya) kenaikan ini wajar kerana kenaikan ini sebenarnya akan memberi keuntungan kepada KSWP dan tabung haji dan rakyat yang mempunyai wang dalam institusi tersebut turut mendapat faedah daripada kenaikan harga tol ini. Alternatif lain, kerajaan akan menaik taraf jalan-jalan negeri untuk sebagai alternatif rakyat untuk lari dari highway. Maka peruntukan ratusan juta mula disebut2 untuk menampung kos tersebut.
4. Mujur adalah hero tersayang paklah yang budiman, menarik balik kenaikan tersebut tp ingat bukan untuk selamanya tapi untuk sementara waktu. Yelah pilihanraya kecil kan dah dekat so paling cepat pun habis pilihanraya kecik di Perak, Kedah dan Selangor. Mungkin selepas itu baru kerajaan akan naik tanduk untuk naik kan kembali tol tersebut. Sekarang ni tanduk kene simpan dalam songkok supaya tiada siapa yang tengok.
5. Namun bagi aku, kenaikan ini walaupun tidak dijadi dlm tempoh ini ia tetap zalim kepada rakyat. Setiap kali pak-pak menteri membentangkan kewajaran kenaikan tol ini, maka rakyat sekali lagi diperbodohkan dan digula-gula..yang sayangnya ada yang percaya perlunya kenaikan tol tersebut. Walaupun hati berat nak terima tapi dah anggap pak-pak menteri itu umpama nabi, maka apa yang dikata oleh pak-pak menteri diterima umpama wahyu yang baru turun dari langit. Rakyat dibawah setiap hari menghitung wang saki baki dalam poket, entah cukup entah idak untuk tangung anak-bini sampai bulan depan.
6. Selagi nama itu menteri mereka kebal dari membayar tol, apa lagi kalau dia itu raja atau sultan sampai mati pun tol tak akan lekat pada dirinya. Wang-wang mereka hanya itu dijadikan koleksi saja. Hilang RM1K pun tak kan perasan.....
7. Tidak apalah, rakyat ku mmg kaya..bagi gaji kat pak menteri kemudian bagi lagi saguhati kat pak pak menteri...walaupun rakyat ku tinggal kain dan gigi, dia tetap teguh bersama-sama pak-pak menteri yang gila babi.....

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers