1. Dari aku belum demam sehinggalah aku sudah baik dari demam krisis perak masih belum sampai ke penghujungnya. Kalau ada yang tanya kapan mau berakhir senetron ini, aku akan jawab..kembalikan saja kuasa kepada tangan rakyat, biar rakyat yang tentutukan sbb yang bising-bising dan bikin hura hara adalah rakyat. Di tambah dengan pencium-pemcium bontot pak pak menteri yang cuba menyiram minyak ke dada rakyat. Jangan kata perak je akan terbakar lama-lama satu malaysia akan terbakar.
2. Mungkin aku belum cukup baca dan ilmu dalam sejarah malaysia. Tapi aku yakin, hari ini telah mencatatkan sejarah tamadun melayu dimana buat pertama kalinya Sidang Dun bersidang dibawa pokok. Tiba-tiba aku teringat dalam filem Do Ra Mi, bila sang raja hilang istana ankara Dato Menteri Fasola. Maka Sang Raja dan dato-dato menteri yang lain bersidang dibawa pokok ditengah-tengah padang pasir. Kalau dalam filem tu, akhirnya muncul 3 ekor hero tapi dlm filem Perak ini entah kapan hero-hero ini akan muncul.
3. Sivakumar beria-ia mengantung MB dan 6 Exco UMNO dari memasuki Dun, tapi last-last bukan mereka yang tidak masuk DUN, tapi kesemua 28 Adun pakatan Rakyat pula tidak dibenarkan masuk DUN. Alasannya tiada perkenan sultan, walaupun secara terang-terang tiada satu seksen pun memperuntukan perlunya ada perkenan sultan untuk sidang Dun biasa. Kalau aku ada distu, akan ku katakan ini DUN dan ini Negeri Sultan yang punya bukan rakyat yang punya...
4. Seperti biasa senetron ini, akan dihiasi dengan ros-ros merah berduri yang ditanganya ada cotar, rifel dan bom gas untuk dihadiahkan kepada rakyat yang hanya bersenjata senjata asli sahaja. Sultan dan para dato-dato menteri mereka tidak pernah merasakan derita dan pedihnya menjadi mangsa ros-ros ini, apa yang mereka tau, sapa suruh lawan aku.....rasakan la korang.
5. Aku di rumah yang baru baik dari demam...tak mampu nak pergi berperang. Tapi bagi mereka yang berani melawan penjilat-penjilat bontot ini..TAHNIAH!!!!
0 comments:
Post a Comment