1. Hujan kat luar masih tak henti lagi, aku tengok semakin lebat. Guruh dan kilat tak henti-henti dari start hujan tadi, dah rupa macam Malaysia kene serang dengan Amerika Syarikat. Aku dah mati kutu nak gerak ke mana-mana pun dh tak boleh sbb kereta aku kat tmpt lain, yang ada kat umah aku adalah motor Yamaha milik Meor. Aku ni penakut sikit naik motor, al maklumlah dulu aku ni otai motor kat kampung aku tapi sekarang dh pancen sbb pernah terselit bawah kereta. Mujur tak sewel~~~~
2. Bila dah bantut n benak otak ini, maka berbloglah aku. Kalau ahli sufi dan ulamak masa-masa mcm ni lah mereka bermunajat tapi aku...setahun sekali nak bermunajat pun kadang2 tak ada. Teruk betul aku ni, kadang-kadang aku rasa aku ni mcm sombong dgn tuhan yang Maha Esa. Apepun takpelah dh niat aku kali ni nak berblog maka teruskan jek lah.. harap2 lepas ni ada semangat nak bermunajat.
3. So apa yang aku nak tulis dlm blog kali nie. Hem aku rasa aku nak merepek sekejap, selalunya asik isu serius jek....mari kita rilekkan otak sekejap. Kali ni aku nak bercerita ttg kwn2 aku yang berada dlm dunia aku, mereka ini adalah antara yang aku kenal, ada yang aku sayang, dan ada yang aku kagum... apepun mereka adalah teman-teman yang mewarnai warna-warna dunia aku:-


2. Ini kwn aku, dari Jakarta, aku panggil Arga, nama sebenar Damai Arga Kasih Liwanzinur. Arga ni menjadi kegilaan ramai cewek2 di Jakarta,. Keluarga dia adalah keluarga angkat aku. Kalau aku gi Jakarta aku salu lepak rumah dia. Boleh dikatakan dia ni anak orang kayalah selalu ajak aku jalan2 bukan dalam Indonesia tetapi luar Indonesia. Pernah diaorg ajak ke Hong Kong, Bangkok n Sydney, tapi time diaorg ajak tu mmg aku tak leh gi. Btw skrg dia dekat Taiwan study kat sana. So maybe kitaorg aku bercuti ke sana hujung tahun ni.

3. Nak kenalkan ke? huh korang baca lah blog dia..apepun dia mmg seorg adik yg baik tapi gedik lebih...ohye dia lah antara makenik aku betulkan blog ni.....huhuhu kandak sayang pada dindak hahahaha. Cukup2 lah makeup tu amira... meh mekup bulu kaki abg lak hehehehe


6. Nama sebenar Gusti Nur Hikmah tp aku panggil Mah jek. Hampir 3 tahun aku kenal Hikmah, dia seorg yg baik, ramah dan ada sifat malu-malu kat aku. Sejak aku kenal sampai sekarang Hikmah masih single. Bila aku tanya kenapa single lagi dia cakap "luka yang lama masih pedih". Padahal sudah bertahun dia putus ngan xbf dia. Aku rajin msg or chating dengan dia cuma sejak kebelakangan ini aku agak busy dan dia pun busy. Btw Hikmah adalah seorang model di Jakarta. Pic yang pakai baju putih tu salah satu pic hikmah dlm majalah. Ohye Hikmah seorg sgt cantik.....ramai jejaka indon yang menadah cinta si Hikmah ni...Insyallah akhir tahun ni Hikmah ke sini utk jalan2, so siapa2 nak jumpa Hikmah roger2 aku k. Biar korang sendiri tgk muka dia face to face.



8. Darwin atau nama sebenar dia Darwin Urbain Shah adalah kawan pertama aku sejak aku lahir kat dunia ni. Pendik kata dia kawan kampung aku la. Dia sekarang jadi doktor kat selayang ikut jejak langkah bapak dia juga. Aku dengan dia mcm adik beradik sbb bapak kitaorg mmg dh jadi satu family. Badan dia mmg gagah perkasa kagum aku tgk, yelah dulu kering kontang sekarang berketul2. Darwin pernah mempengaruhi aku supaya aku beli kereta sport, lama2 aku pun terikut ngn minat mamat sekor nie.


10. Sarah inilah kekandak aku yang terkial kial kat New York. Sangat menggilakan Bby Post atau Victoria bini Bakem. Banyak kenangan aku dan si Sarah ni semasa aku bekerja di Wisma Putra. Kadang-kadang aku main chating dengan dia walaupun dalam satu ofice, ada satu hari tu aku ingat aku berchating dia, siap aku kutuk orang sana orang sini. Tengok2 si Sarah lalu depan meja aku. So dengan siapa aku Chat tadi? Aduss rupa-rupanya aku chat dengan bos aku... adehh menjawab aku lepas tu. Sarah ni pun satu, bukan nak tutup YM!!!!. Ingat time keje jgn main-main lebih-lebih lagi nak buat ketupat sangat 2 dilarang.

11. Ini nuru, awek norm...aku baru jek rapat ngn si nurul nie. Tapi baru kenal pun nurul sangat care pasal aku. Kadang-kadang aku takut norm jeles pulak kat aku..... Ape lagi nak cerita pasal si nurul nie. Ha dia seorang yang kelakar, banyak cakap, lepas tu mmg seorang yang sangat ambil berat lebih2 lagi pasal Norm. Tapi jangan terkejut minah ni sebanarnya ganas terhadap Bf dia. Pernah sekali dia baling Helmat kat muka si Norm...Adeh.. dah mamat tu tinggal tulang kering jek.. mujur tak patah tulang pipi mamat tu. Apepun itulah rencam dunia percintaan.. betul tak nurul... syg syg Norm selalu k. huhuhuhu. Apapun Nurul seoranh kawan yang sangat baik.


13. Inilah pasanga bahagia, tak silap aku dh 8 tahun bercinta tah bila nak putus tak bila nak kahwin. Berg dan alin... tapi aku nak cerita pasang berg jek, alin watpe hehehehe. Berg kwn baik aku. Dulu aku duduk satu rumah dengan dia. Banyak kenangan manis aku dengan Berg. Apa yang aku puji pasal berg dia seorg yang setia pada yang satu n mcm tu gak dlm berkawan berg seorg yang care tentang kawan-kawan dia. Cuma satu jek bab yang aku tension ngan dia ni.. tak elok aku cerita kat sini.. dia pun tahu. Betul tak berg. Aku nak taruk pic Naer, Fit, Chong n Naim takde pulak...
ps:- Berg aku taruk pic ko ngan alin ni supaya ko jgn pandang pompuan lain khususnya kat opis ko tu yek hehehehe.

14. Leen atau nama sebenar Norleen, aku pertama kali kenal dia semasa MMM di UKM time first year. Aku masa tu suka kaco dia sbb dia cantik. Setiap kali aku jumpa leen mesti aku sakat dia sampailah dia mula benci dengan muka aku tapi lama-lama aku jadi kawan baik dengan dia. Biasalah aku kan mesra alam. Sekarang Leen bakal menjadi pilot. Masuk Leen dan 3 orang kawan jadi pilot. Aku bangga dengan dia....insyallah ada masa kita akan jumpa k.

15. Inilah antara housemate aku, berdiri tu Meor yang duduk tu Faiq.. apa yang aku nak cerita dengan diaorg. Actly aku ngan mamat 2 ekor ni berkawan sejak first year di UKM. Sekarang Meor jadi engeniar Faiq pula pegawai bank.. dulu diaorg ni sibuk dengan persatuan sana sini. Sekrang sibuk dgn kerja plk... Cuma aku nak ckp rajin2 kemas rumah ye syg syg ku.. muah

16. Inilah Hana, dia antara kwn baik aku. Kalau aku busan aku mesti jumpa dia dan kalau dia busan mesti dia jumpa aku. Pendik kata aku tengok muka ko, ko tengok muka aku. Hana dah jadi lecture so maknya aku dah mula jarang jumpa Hana. Kalau dulu port lepak kitaorg kat oldtown skrg jarang-jarang ke oldtown tu lagi. Hana ni seorang yang lembut tapi dia sangat garang kat aku. Pelik betul aku... kalau orang lain .. alahai lembutnya gunakan "saya awak". Kalau ngan aku. "aku ko". Semalam aku baru kene marah ngan dia huhuhu sedih betul, baru tanya sikit dah kene marah mujur aku tak majuk. Tapi apapun Hana seorang kawan yang baik dan careing kat aku.

17. Inilah kawan aku time aku master yang paling baik nak careing. Tapi sekarang dia dh tak de. Dia dah balik ke Serawak. Aku mula kenal lin masa perut dia boyot 6 bulan. Len banyak tolong aku khususnya dalam bab nota kelas. Aku dah lah malas nak tulis nota dan buat asgmt sekarang bila Lin tak ada mmg susah. Apepun aku seronok kawan ngan dia.. sbb dia pun gila-gila mcm aku gak.




ps: MANA YANG TAK ADA DLM PIC NI, JANGAN KECIL HATI SBB AKU TAK SEBUT.. INSYALLAH ADA MASA AKU AKAN CERITA PASAL ORANG LAIN PULA. CUMA APA YANG AKU TULIS ANTARA MANUSIA YANG PERNAH MENGUASAI PEMIKIRAN AKU. AKU DOAKAN SEMUA KAWAN-KAWAN AKU AKAN MENJADI KAWAN TERBAIK UNTUK AKU DAN UNTUK MALAYSIA TANAH AIRKU
IKLAN SEKEJAP
DOAKAN UNTUK KAWAN AKU NIE...

Good Luck MAD.... SYG KO huhuhuhu
DOAKAN UNTUK KAWAN AKU NIE...

Aku baru dengar yang kawan aku ni Mad nak ambik exm ptd, so bukan main pulun dia baca buku. Tak silap aku dari tahun tahun lepas pun dia ambik exam yang sama gak. Btw aku minta semua pada pembaca2 blog ni sama-samalah doakan kejayaan utk si Mad ni.. tapi ingat Mad bila dh dapat ptd ko jangan rasuah.... Lagi-lagi bila aku jadi PM nanti memang aku sembelih sapa2 rasuha nie... huhuhuhu
Good Luck MAD.... SYG KO huhuhuhu
4 comments:
ngahahhaa..
seb baik saya kat no 3..
tp asal paling pendek description?
nmpak sgt x berapa penting..
ciscis..
ala.....ko dh glamer amera..huhuhuhu
mad...roomate aku..yb tuka gambar..bg yg hemsem lah..xmo gambar tu
Khair!!!!! windu bangat sama kamu.. nape ko letak gmbr aku xlawa... kn ko ada byk gmbr aku.. yg kt muzium ke kt mn2 lah.. hukhuk... btw, thanks khair!! cayang ko.. muah muah!!
Post a Comment