"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Kali ini, aku nak cerita pasal politik, aku tahu ada yang tak minat politik. Bagi aku minat atau tidak hakikatnya politik itulah yang telah membudayakan dan menjadikan diri kita. Politk ini umpama udara yang kita hirup, kita tak nampak dan kita tak rasa tapi dia memberikan kita terus utk hidup. Itulah Politik, tanpa politik negara akan hancur malah dunia pun turut musnah tiada satu peraturan yang mengawal tindakan manusia. Inilah dikatakan anarki. Walau bagaimanapun peraturan tak akan muncul tanpa adanya politik. Politik dibina sejak zaman kemunculan manusia lagi apabila manusia berebut-rebut mendapatkan sumber ekonomi, maka berlaku pembunuhan dan kehancuran. Oleh itu politik mula diwujudkan dengan melantik golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Wujudnya satu ketua untuk menyusun masyarakat dibawah satu sistem politik yang sempurna. Jadi bagi sesiapa yang tidak minat ttg politik anda adalah salah, boleh aku umpamakan golongan ini mudah ditipu dan mudah diperbodohkan. Orang yang bijak percaturan politik akan mempergunakan golongan ini untuk kepentingannya. Lebih-lebih lagi pemimpin yang gila kuasa mmg akan gunakan golongan ini sepuasnya2. Golongan ini pula cukuplah disuapkan dengan hiburan dan kekayaan dunia, pasti jadi buta dan tuli!!!!

2. Orang yang tidak minat politik perlu ambil pengajaran dari sejarah khsusnya sejarah Islam. Al-quran pun pernah menceritakan bagaimana orang-orang yang tidak ambil peduli tentang negara Allah lenyapkan dari muka bumi. Lihat saja kaum Samud dan Kaum Ad, tidak ambil peduli kemungkaran pemimpinannya malah pemimpin menyuapkan mereka dengan keseronokan dunia menjadikan mereka tuli dan buta. Maka Allah lenyapkan dari muka bumi. Mujur orang melayu ini adalah umat Nabi Muhamad S.AW. Kalau tak dah komfem melayu ini dah kene telan bumi..... "Tak akan Melayu Hilang Di Dunia" tak kan wujud lagi.

3. Sejarah Islam membuktikan bahawa faktor utama kebangkitan Islam adalah politik. Ini dapat dibuktikan dengan terbinanya Negara Islam Madinah yang pertama dan melantik Rasulullah sbgi pemimpin. 12 tahun 5 bulan 13 hari Nabi berdakwah di Mekkah hanya mendapat pengikut sekitar 100-150 orang itupun dari kalangan hamba dan orang miskin. Keadaan ini berbeza apabila nabi mula menjadi pemimpin dan berpolitik di Madinah selama 9 tahun 9 bulan 9 hari, agama Islam berkembang dipelusuk Arab sehingga orang Islam menghampiri bilangan satu juta ketika waktu itu. Jumhur ulama turut bersependapat mengatakan bukan sekadar berniaga ini sunnah tetapi politik juga adalah sunnah yang sangat dituntut. Oleh itu berhati-hati apabila berkata "aku benci politik, aku tak suka politik" kerana nabi juga adalah ahli politik....


4. Itu kisah mereka yang ditelan bumi, ada juga kaum yang diseksa dan dijadikan hamba beribu tahun lamanya kerana kaum itu tidak tahu tentang percaturan politik. Kaum yang aku maksudkan adalah Kaum Bani Israel iaitu Kaum Nabi Musa yang sekarang ini digelar bangsa Yahudi. Sejak zaman Nabi Ibrahim lagi kaum Bani Israel di jadikan hamba, walaupun bilangan mereka adalah ramai namun kerana tiada satu pun dari mereka yang minat untuk memimpin dan bodoh dalam percaturan politik maka mereka dijadikan hamba. Sehinggalah datangnya Musa A.S membebaskan Bani Israel dari kekejaman Firaun. Sepanjang Bani Israel dipimpin oleh Musa A.S Bani Israel mula muncul sebagai bangsa yang merdeka, namun setelah wafatnya Musa A.S. Bangsa Isreal mula menjadi bangsa yang bangsat dan dijadikan hamba kembali sehinggalah zaman perang dunia ke 2 apabila Hitler membunuh lebih 10 juta orang Yahudi di Eropah. Pembunuh ini barulah membuka minda orang Yahudi untuk belajar dan mendekati alam politik. Tidak sampai 100 tahun orang Yahudi belajar mengenai politik. Bangsa Yahudi akhir memegang dunia khususnya dari sudut ekonomi.

5. Orang Islam yang berkata "aku tidak minat politik" itulah kata-kata yang dinantikan oleh pemimpian khususnya orang Yahudi, kerana golongn ini yang boleh mereka kuasai. Yahudi mahu umat Islam kembali kepada sejarah mereka. Mereka tahu kalau orang Islam tidak mempedulikan politik dan membiarkan politik ini dipelajari dan kuasai orang lain, maka orang Islam akan terus jadi bangsat di dunia sendiri.

6. Apapun terpulang pada korang yang membaca dan menilai apa yang aku sampaikan. Korang ada otak untuk berfikr dan korang ada hati untuk berperasaan, maka gunalah sebaiknya.

ps: kot-kot ada yang mula minat politik... jangan semberonoh jek. belajar politik ada ilmunya.. so carilah ilmu itu sebelum berjuang. Orang yang berjuang tanpa belajar akan mati sia-sia jek.


1 comments:

sy minat amik tau sal politik. Jadi, sy xmo baca entry ni. Lalalala~

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers