"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Terkejut aku bila, aku dimaklumkan bahawa gaji Pengerusi Syabas iaitu Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun. Ini bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan dengan kata lain satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51. Dari sudut yang lain pula, beliau boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan. "Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan. Tapi ingat ini adalah gaji pokok belum campur elaun elaun yang lain.

2. Persoalanya disini, mengapakah syarikat-syarikat milik kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat memberi gaji kepada individu-individu tertentu dengan kadar yang melampau batas. Ini bermakna rakyat banyak menghabiskan pembayaran bil-bil kepada kerajaan namun sebagai besar perolehan pembayaran itu di agigahkan kepada mereka-mereka yang di atas dan mempunyai kuasa sahaja. Kalau syarikat itu MAK BAPAK dia yang punya aku boleh terima, namun syarikat itu RAKYAT yang punya.........

3. Kesian rakyat aku.... yang miskin semakin miskin yang kaya semakin kaya. Tapi ada dikalangan yang miskin tidak sedar yang mereka diperbodohkan oleh si kaya. Baru bagi gula -gula sebiji, gembira si miskin bagaikan mendapat syurga di akhirat sana.

4. Ini baru sekadar kekayaan mereka-mereka yang berdamping dengan sang penguasa, belum lagi kekayaan sang penguasa. Mahu ada yang tercirit bila melihat aset dan harta-harta mereka.



ps:- aku ambil fakta ini dari Dewan Rakyat yang bersidang pada 13 Mac yang lalu. Ada ayat yang aku copy dari harakah sbb aku malas nak taip sgt.

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers