SEORANG pelacur berusia 29 (baju biru) dan pelanggannya seorang lelaki berusia 66 tahun (tidak berbaju) berjaya ditahan oleh sekumpulan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah dalam operasi di kawasan pelacuran di Lorong Petani di Alor Setar, hari ini. Ketika ditahan pasangan itu dalam keadaaan berbogel dalam khemah yang didirikan untuk tujuan aktiviti pelacuran. (B.Harian online)
1. Bila aku tengok org tua yang ada didalam gambar ini, entah berapa hari lagi lah nyawa dia yang tinggal tapi masih bersemangat untuk menempak pelacur yang aku kira mcm pendatang haram. Kalau orang tua yang nyawanya boleh dihintung dan boleh dicongak tinggal beberapa hari, maka tidak pelik lah generasi baru sekarang lagi terbiar seks mereka. Seks umpama pakai baju, esok pakai baju lain hari ni pakai baju lain...
2. Kadang kala aku terfikir adakah aku ni baik sangat atau mereka itu yang terlalu lupakan tentang seksa neraka dan kubur, sehingga mereka seolah-olah meraikan untuk memasuki apa neraka itu. Aku ini semamngnya tidaklah sesumpurna mana pun, seperti kata Rabiatul Adawiyah "Aku ini tidak lah layak untuk syurgamu, tetapi aku ini tak sanggup masuk api neraka mu".
3. Bila aku, imbas pengalaman aku yang lalu usah dikatakan muda-mudi yang sudah lupakan tahun dan mencabar kekuasaan tuhan mereka yang bergelar atuk lebih2 lagi yang mempunyai title dan jawatan turut mencabar kuasa tuhan. Mereka bukan lupa tapi mereka sombong dan kalau boleh biarlah aku mati dalam gaya hidup kristian atau yahudi. Mereka tak kata begitu tapi gaya dan naluri mereka mmg ke arah situ.
4. Teringat aku, bila seorg tua (Dato') mengatakan hidup ini mesti ade BMW. Aku kira kereta mulanya. Rupa-rupanya BMW itu ialah Bisnes, Money dan Women. Entah mana perginya al-quran mana perginya hadis. Mau atau tidak, BMW inilah asas kepada kemajuan dan kemodena negara aku. Aku kene terima hakikat bahawa masyarakat aku bukannya lupa akan seksaan yang mununggu mereka nanti. Mereka sedar seksaan tersebut tetapi mereka tidak berdaya untuk menghindar seksaan tersebut jadi apa yang mereka buat..alang-alang aku ni komfem jadi ahli neraka baik aku jadi jahat betul2.
5. Maka air kencing setan ditayang2 dan dipameran...tanpa rasa hina dan jijik dilaknat sekian alam.....Dalam hatinya, inilah aku yang sebenarnya..aku tak munafik dan berlagak alim... Tuhan sygkan org2 seperti aku kerana jujur dan tidak menipu..
6. Kawan2 ku....kau segala2nya bagi aku...tanpa kamu hidup aku tak seperti ini. Kamulah yang mencorakan hidupku dan duniaku.... aku sayangkan mu.. maka jangan marah atau rendah diri dengan apa yang aku kata....kau dan aku tetap setia bersama
0 comments:
Post a Comment