"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)



1. Bagi mereka yang ilmunya bersumberkan tv dan surat khabar tanpa merujuk terlebih dahulu mana bukti dan fakta yang benar, maka kata-kata mereka mudah untuk kita faham apakah pengisian jiwa mereka. Pihak media hanya menyebarkan berita yang sensasi sahaja tanpa merujuk mana-mana kitab. Bagi mereka yang sensasi itulah duit dan menambah kekayaan mereka. Disamping menambah karung guni kekayaan pihak media juga turut menjadi penglipur lara agar berita yang disampaikan memenuhi kehendak bagi sang sang penguasa. Kalau tak permit kene tarik, projek pun tak dapat..so mana nak cari duit utk perut yang kian membuncit..


2. Berita yang disampaikan oleh media hanyalah apa yang mereka nampak dan tahu, walhal banyak lagi perkara yang mereka tidak tahu atau buat-buat tak tahu. Berita disampaikan kepada rakyat umpama orang buta melihat badut di pentas sarkes.


3. Yb yb dari negeri pasir dua butir (Filem Do Ra Mi) terpaksa bersidang dibawa pokok apabila Dato Menteri Fasola (MB Perak) mengarahkan pencacai bontotnya mengunci DUN yang berada di dalam Bangunan Setiausaha Krjn Ngri Perak. Walhal pada asalnya masih belum ada mana-mana arahan termasuk dari mahkamah untuk menghalang persidangan DUN pada pagi Selasa tersebut. Arahan yang melarang sidang DUN itu hanya dikeluarkan selepas DUN habis bersidang dan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Proses perundangan yang biasanya makan masa berminggu, namun dalam kes ini hanya beberapa minit sudah diperolehi keputusanya.





4. Bagi aku sebagai rakyat yang tak mudah diperbodohkan oleh sang penguasa yang mengila babi ini. Adalah satu pendekatan yang bodoh dan bangap oleh pak-pak menteri ini. Kalau dah dikunci Dewan Undangan Negeri tersebut, bagaimana hendak berlangsung yang sidang tersebut nak tak nak kene lah mencari kawasan yang redup untuk meneruskan persidangan tersebut. Lebih malang lagi arahan mengunci Dewan Undangan Negeri yang semamangnya dibawah tangan speaker DUN bertukar tangan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Dah tak ade kerja kot Dato Setiausaha ni.... walhal mcm aku katakan tadi belum mana2 arahan dikeluarkan baik dari Istana mahupun Mahkamah yang menghalang persidangan tersebut.


5. Maka nak tak nak, tiada pilihan apabila ada orang yang membabi buta dan mengila babi untuk dapatkan kuasa dunia. Maka persidangan terpaksa dilakukan diatas tanah, berdindingkan angin dan beratapkan daun pokok.


6. Umpama sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga. Lalu rumah tersebut dimasuki oleh perompak2 yang tamak haloba di bengis wajahnya. Perompak-perempak yang mengila itu menghalau penghuni rumah tersebut dan mengambil rumah itu sebagai rumah kediaman perompak. Untuk keselamatan agar rumah tersebut tidak dicerobohi oleh tuan rumah yang asal maka ketua perompak mengarahkan pencuci bontotnya mengunci rumah tersebut. Ketua kampung dan orang-orang kampung pula mengiktiraf rampasan rumah itu adalah yang murni dan terpuji. Maka perompak diiktiraf sebagai penghuni yang shah. Disebabkan tuan rumah dan ahli keluarganya tidak tempat berteduh maka mereka menjadikan pokok besar disebelah rumah mereka sebagai tempat berteduh merekea sekeluarga. Orang kampung yang lihat dan lalu disitu menuduh mereka muka tak tahu malu, pengemis dan pengotor. Dah hilang rumah buatlah cara hilang rumah jangan nak memalukan kampung dengan menjadi pengemis.


Petunjuk:-


Rumah: Dewan Undangan Negeri Perak yang dikunci


Keluarga: Pakatan Rakyat


Perompak: UMNO dan geng


Kampung: Perak Darul Ridzuan


Ketua Kampung: Sultan dan para golongan elit yang kaya raya


Orang Kampung: Rakyat Perak


Hilang Rumah: Hilang Kuasa


7. Justeru, pihak media yang umpama menjilat najis-najis manusia ini, cukuplah memperbodohkan rakyat. Kamu bangga dengan memperbodohkan rakyat kerana mereka tidak membaca undang-undang tubuh negeri. Tapi jangan kau ingat kamu mampu memperbodohkan semua rakyat. Kerana tak semua mau mengikut kamu untuk menjilat najis-najis mereka. Bagi aku akhirnya hidup kita ini 2 tempat yang kita tuju neraka atausyurga. Bagi mereka yang selesa menuju neraka silakan...tapi jangan kau ajak sekali mereka yang masih tercari-cari jalan menuju ke syurga....biarlah syurga menjadi milik mereka dan neraka itu menjadi milik kamu dan keterunan kamu. Cukup cukup cukup!!!

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers