1. Seawal jam 4 pagi aku sudah bertolak ke Bukit Gantang, malam tu aku dapat msg dari kawan-kawan aku yang memberi maklumat jalan-jalan masuk ke Bukit Gantang telah di blok oleh TENTERA MERAH (FRU), hanya satu jalan saja yang boleh masuk ke Bukit Gantang iaitu ikut jalan dalam melalui Trong.
2. Sampai di Bukit Gantang, dalam pukul 6 pagi , disitu aku tengok kenderaan dah mula sesak tapi masih lagi terkawal. Sampai di bandar Taiping suasan dah semakin panas, ditambah panas apabila kehadiran polis yang besar khususnya dikawasan berkumpulnya PAS, tapi aku rasa logik pun polis kene ramai di kawasan orang PAS sbb bilangan mereka dah menyamai bilangan pengundi di Bukit Gantang.
3. Awal pagi itu, solat hajat di lakukan oleh penyokong PAS di Majid Taiping, disitu aku lihat sudah beribu berkumpul, baik melayu, cina atau pun inda. Habis solat hajat tu, kitaorg berarak ke tempat penamaan calon kira-kira 6 km dari masjid, sepanjang perarakan tu bermacam-macam ragam manusia aku dapat lihat...antaranya ada sekumpulan orang tua cina berdiri di tepi jalan melambai-lambai kepada penyokong PAS dengan memegang bendera PAS serta melaungkan "ISLAM PASTI MENANG" ramai yang bertepuk tangan tanda menghargai sokongan mereka. Aku pula sudah pastinya kagum melihat orang cina yang beragama buddha turut menyokong Islam. Selain itu ada sekumpulan pemuda India memakai baju T.Shirt yang di belakangnya tertulis " KAMI PENGANUT HINDU, KAMI BERSAMA ISLAM DAN TOK GURU". Aku tanya mana dapat t.shirt ni. mereka jawab mereka buat tempah sendiri. Hebat itulah yang mampu aku luahkan. Ada juga Puteri UMNO yang lalu di kawasan orang PAS di booo, dan ada yang tiba2 melelong dengan harga RM 1 satu free semua..... masam dan bengang muka Puteri-puteri tu, mujur ada polis yang mengekorinya kalau tak konfem dah kene lelong dengan orang PAS.
4. Bila aku sampai saja tempat percalonan, aku lihat penyokong PAS dah berkumpul malah bukit yang berhempiran telah di tawan oleh mereka,bukit yang asalnya dipenuh dengan rumpat tapi sekarang sudah dipenuh dengan manusia. Aku begitu gerun melihat keadaan apabila laungan ALLAH HUKABAR disambut dengan puluhan ribu manusia. Naik bula roma aku...apa yang aku leh gambarkan suasan di kawasan penamaan calon tu seperti di Padang Arafah ketika musin Haji.
5. Tak lama aku berdiri di puncak bukit tu, maka perarakan UMNO pun masuk ke padang Perbadanran Taiping, betul-betul berhadapan dengan penyokong PAS. Aku ingat ramai sangatlah yang berarak, rupa-rupanya hanya tak sampai suku padang saja penyokong mereka berarak, aku yang berada di puncak bukit dapat tengok dengan jelas betapa kecilnya bilangan mereka jika nak dibandingkan dengan penyokong PAS umpama lautan manusia.
6. Cuma apa yang dapat aku katakan... PAS mmg hebat dalam bab seperti ini, namun mereka lemah dalam bab mencari calon yang layak dalam pilihanraya..akhirnya calon-calon seperti beruk dan katak dipilih menjadi pemimpin mereka. Pemilihan Hj Nizar sekurang-kurang membuktikan PAS masih mempunyai calon yang berkelibar dan berkarisma.
7. Salah memilih pemimpin buruk padahnya.....................skrg aku dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Masa aku tinggalkan Bukit Gantang tadi aku tengok keadaan semakin aman tak sepanas hari semalam. Tentera-tentera Merah pun dah tak kelihatan disana-sini. Mungkin mereka penat. yelah mereka pun manusia juga...sepak telur mereka pasti senak jugak.
1 comments:
Allahuakbar..
weeeeee..
ayah i pon g perak ritu..
hehe..
btw tajuk lagu tuh 'ternyata dr estrella'
Post a Comment